Wantan mee

Salam dah agak lama tak buat dumpling, kulit gyoza ada 2 bungkus bertapa dlm peti ais. Rasanya dah sampai masa untuk digunakan sebelum expired...sebenarnya dumpling adalah side dishes je untuk malam ni , menu utamanya ialah wantan mee.
Hubby kata kalau buat sendiri mee tu la bagus.....hish nak kena gi kursus la pulakkk...beli je yang dlm paket..cepat untuk disediakan. Mulakan dgn membuat supnya dahulu.
Untuk resepi dumpling silap search under label masakan cina atau wantan atau dumpling dan ini adalah salah satu darinya dan ada lagi dua tiga. sila la geledah resepinya ya. Biasanya boleh digoreng atau dibuat sup.

Bahan untuk sup
1 paket chicken fillet
1/2 batang karot
1/2 biji bawang besar
2 pokok daun bawang
1 ulas bawang putih
2 sudu kecil minyak bijan(optional)
Garam gula secukup rasa
1 keping kiub ayam
Air dalam 4 ke 5 cawan
Cara
1 - Potong semua bahan kecuali isi ayam , basuh bersih dan masukkan kedalam periuk bersama isi ayam dan kiub ayam.
2- Masak hingga ayam masak dan sup betul-betul nendidih dan renih dgn api kecil seketika.
Tambah garam dan gula serta minyak bijan jika perlu mengikut selera masing-masing. Tutup api dan ketepikan sup untuk digunakan semasa penyedian mee dan semasa nak menghidang.
Bahan sayur
1 ikat kailan atau sawi
Potong sayur, panaskan air bersama beberapa titis Minyak masak dan celur sayur sebentar.tos dan ketepikan
Bahan untuk mee
1 paket wantan mee(ada 4 ketul kat dlm bungkusan, biasanya diletakkan ditempat ada tauhu dan fish cake.)
2 ulas bawang putih
4 sudu besar kicap masin cair
1 senduk kicap manis
3 ke 4 senduk kuah sup
2 sudu minyak bijan ( jika suka)
1 keping kiub ayam
Garam/gula secukup rasa jika rasa perlu
Cara memasak mee
1 - Panaskan air secukupnya dan celur mee sebentar, kacau mee biar tidak melekat dan untuk mengeluarkan kanji- kanjinya. Jika kanji2nya dan mula mengeruhkan warna air, mee tadi bolehlah diangkat dan tuang dlm tapisan dan diletakkan dibawah paip air. Bilas mee dgn air paip hingga tidak lagi melekat diantara satu sama lain dan tos kan.
2 -  Panaskan  dalam 2 sudu besar minyak masak, goreng bawang putih dan masukkan kicap. Masukkan pula bahan perasa.dan kacau sebentar, campur minyak bijan.
3- Masukkan dlm  3 senduk kuah sup, kacau dan masukkan mee dan kacau. Jika rasa mahu kuah lebih boleh ditambah sup mengikut kesukaan masing2.
4. Tutup api dan siap untuk dihidang.
Cara menghidang
Masukkan mee yang baru masak kedalam pinggan dan letakkan sayur serta ayam yang telah dikeluarkan dari sup dan diracik.
Letakkan  dua atau 3 biji dimsum dan hidang mee bersama sup dan potongan cili padii yang direndam didalam kicap cair.

Comments

Popular Posts