Pulut kuning Versi Tanak

Salam semua.Ini menu breakfast pagi ni.You semua agaknya heran apa la maknanya tanak tu ya! Biasanya kalau masak pulut dikukuskan? Pagi ni Puan Ros tak kukus,Puan ros tanak aje.Alah... sebenarnya masak aja macam masak nasi.Kat kampung kalau nak masak nasi tu orang-orang tua kadang-kadang kata tanak nasi.tapi tanak secara manual.Puan Ros tanak guna rice cooker.
Hari ni ada appoitment dgn parent pukul 10.00 pagi.So apa lagi cari jalan shortcut la preparekan breakfast.Cara yang mudah dan cepat tanak la pulut tu.


Bahan-bahan
3 cawan beras pulut
200ml santan dalam kotak(ayam brand)
3 cawan air
1 sudu kecil garam
sehelai daun pandan 
2-3 titik pewarna kuning/serbuk kunyit

cara memasak
1- Basuh beras pulut dan masukan kedalam rice cooker
2-Santan dan air dicampur dan masukkan kedalam beras tadi.Masukkan garam dan daun pandan yang disimpul kemas..
3-Masak pulut seperti memasak nasi.Bila Pulut dah mula mendidih buka periuk dan dikacau sedikit.Tutup periuk dan biarjan pulut sampai masak.
4-Bila pulut dah masak biarkan sebentar dan boleh lah dimasukkan kedalam apa-apa bekas yang disukai.Tekan pulut kemas-kemas dan rata didalam bekas tersebut.Biarkan seketika.
5-Keluarkan dari bekas tadi dan bolehlah dihidang dgn sambal daging atau pun kaya.






Comments

Popular Posts